Apakah itu Kontrak untuk Perbezaan?
Kontrak untuk Perbezaan (CFD) adalah derivatif kewangan yang membolehkan pedagang membuat spekulasi mengenai pergerakan harga pelbagai aset asas, termasuk pasangan mata wang, saham, komoditi, indeks, dan mata wang kripto.
Apabila berdagang CFD, anda membuat perjanjian dengan broker untuk menukar perbezaan nilai aset pendasar (underlying asset) antara masa kontrak dibuka dan ditutup.
Tidak seperti pelaburan tradisional, perdagangan CFD tidak melibatkan pemilikan aset pendasar atau pertukaran mata wang secara fizikal. Sebaliknya, anda berpotensi memperoleh keuntungan atau menanggung kerugian berdasarkan pergerakan harga aset.
Strategi Perdagangan dengan CFD
CFD menawarkan fleksibiliti kepada trader untuk merebut peluang daripada daripada pergerakan pasaran dengan mengambil posisi long (membeli) untuk meraih keuntungan daripada pasaran yang meningkat atau posisi short (menjual) untuk mendapat keuntungan daripada kejatuhan pasaran.
Posisi Panjang (Beli)
Jika anda menjangkakan harga aset asas akan naik, anda boleh membuka posisi CFD panjang (beli) dengan tujuan menutupnya pada harga yang lebih tinggi. Posisi anda akan menguntungkan jika harga aset meningkat, sementara anda akan mengalami kerugian jika harga bergerak bertentangan dengan anda.
Posisi Pendek (Jual)
Sebaliknya, jika anda percaya harga aset asas akan menurun, anda boleh membuka posisi CFD pendek (jual) dengan niat untuk membelinya semula pada harga yang lebih rendah. Dalam kes ini, posisi anda akan menguntungkan jika harga aset jatuh. Walau bagaimanapun, jika harga naik, anda mungkin akan mengalami kerugian.
Apa yang Boleh Anda Perdagangan dengan CFD?
Dengan CFD, anda mempunyai akses kepada pelbagai pasaran. Cara ini membolehkan anda mempelbagaikan portfolio dagangan anda. Di platform Mitrade, anda boleh berdagang:
• Forex (FX): Pasangan mata wang utama seperti EUR/USD, GBP/USDUSD/JPY, pasangan Minor dan banyak lagi
• Saham: Saham individu seperti Apple (AAPL), Amazon (AMZN), dan Tesla (TSLA).
• Indeks: Indeks popular seperti Nasdaq 100, S&P 500 (SPY), dan FTSE 100.
• Komoditi: Komoditi utama seperti Emas (XAU/USD), Perak (XAG/USD), dan Minyak Mentah (WTI).
• Mata Wang Kripto: Mata wang kripto utama seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), dan Ripple (XRP).
• ETF: Dana dagangan bursa popular seperti Invesco QQQ Trust Series 1 (QQQ), iShares Russell 2000 ETF (IWM), Vanguard Total Stock Market Index ETF (VTI).
Kepelbagaian ini membolehkan anda mengambil kesempatan daripada pelbagai trend dan keadaan pasaran.
Apakah tempoh kontrak CFD?
CFD biasanya tidak mempunyai tempoh kontrak tetap. Ia bersifat terbuka. Ini bermakna posisi dagangan akan kekal aktif sehingga trader menutupnya, sama ada dengan menjual posisi long atau membeli semula posisi short.
Trader perlu mengambil perhatian bahawa syarat margin mesti dikekalkan sepanjang dagangan untuk mengelakkan penutupan margin (close-out) dan posisi yang terbuka semalaman akan dikenakan caj overnight. Selain itu, penting untuk trader menyemak terma khusus setiap kontrak, kerana sesetengah CFD—seperti dagangan yang berkaitan niaga hadapan (futures)—mungkin mempunyai tarikh tamat tempoh atau syarat lain yang ditetapkan oleh broker.
Leverage
Dagangan CFD melibatkan penggunaan leveraj. Ia membolehkan trader membuka posisi dagangan lebih besar dengan modal yang lebih kecil. Dalam erti kata lain, anda hanya perlu menyediakan sebahagian kecil daripada nilai dagangan, manakala selebihnya dibiayai oleh broker. Praktis ini turut dikenali sebagai perdagangan atas margin, yang memberi peluang kepada trader untuk meningkatkan pendedahan (terhadap pergerakan pasaran dengan modal yang lebih kecil), sekali gus meluaskan potensi keuntungan dan kerugian.
Sebagai contoh, dengan modal $500 dan leveraj 1:20, anda boleh mengawal posisi dagangan bernilai $10,000. Jika leveraj dikurangkan kepada 1:10, anda memerlukan modal sebanyak $1,000 untuk mengawal posisi $10,000 yang sama.
Keperluan Margin
Apa Itu Margin?
Margin ialah jumlah modal yang sepatutnya trader ada untuk membuka dan mengekalkan posisi CFD. Ia berfungsi sebagai cagaran untuk menampung potensi kerugian dan dinyatakan dalam bentuk peratusan daripada nilai nosional dagangan. Terdapat dua jenis margin yang perlu anda tahu:
1. Margin Awal - Ini ialah amaun yang diperlukan untuk membuka posisi CFD, biasanya dinyatakan dalam peratusan nilai nosional instrumen. Contohnya, jika syarat margin awal ialah 5% , anda memerlukan $100 untuk mengawal posisi $2,000 pada leveraj 1:20.
2. Margin Penyelenggaraan - ini ialah jumlah minimum ekuiti yang anda mesti kekalkan dalam akaun untuk memastikan posisi kekal terbuka. Kebiasaannya, margin ini ditetapkan pada 50% daripada margin awal yang diperlukan untuk setiap instrumen; sebagai contoh, jika margin awal untuk dagangan ialah 5%, ekuiti akaun anda mesti kekal melebihi 2.5% daripada nilai awal dagangan bagi memastikan posis kekal terbuka dan mengelakkan margin ditutup.
Katakan anda mempunyai dua posisi terbuka dalam akaun anda. Setiap posisi memerlukan margin awal sebanyak $500, menjadikan jumlah margin awal $1,000. Margin penyelenggaraan bagi setiap posisi ialh $250, jadi jumlah margin penyelenggaraan ialah $500. Apabila pasaran bergerak, ekuiti anda berubah-ubah. Selagi ia kekal di atas jumlah margin penyelenggaraan $500, dagangan anda akan kekal aktif. Namun, jika ekuiti anda jatuh ke atau di bawah paras tersebut, posisi anda akan ditutup untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar.
Apakah Margin Close-Out?
Margin close-out berlaku apabila ekuiti akaun anda jatuh ke atau di bawah paras margin penyelenggaraan yang diperlukan, disebabkan oleh pergerakan pasaran yang menguntungkan. Dalam kes ini, platform akan menutup secara automatik satu atau lebih posisi terbuka untuk mengembalikan akaun kepada tahap margin yang diperlukan serta mengelakkan kerugian lebih lanjut.
Tip Dalam Pengurusan Risiko
• Gunakan Pesanan Stop Loss: Stop loss order akan menutup posisi dagangan anda secara automatik apabila harga mencapai paras tertentu. Ia membantu mengehadkan potensi kerugian.
• Kekal Dimaklumkan: Fahami risiko leveraj. Hanya berdagang dengan modal yang anda mampu tanggung sekiranya rugi, dan elakkan penggunaan leveraj yang berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kerugian yang besar.
• Ketahui Had Anda: Fahami risiko leverage. Hanya berdagang dengan modal yang anda mampu rugi, dan elakkan menggunakan terlalu banyak, kerana ia boleh menyebabkan kerugian yang besar.
Spread, Komisen dan Yuran Semalaman
Penjelasan mengenai harga bida dan harga tawaran serta spread.
Dalam perdagangan, harga bida dan harga tanya mewakili harga terbaik yang pembeli dan penjual sedia untuk bertransaksi.
• Harga Bida: Ini adalah harga tertinggi yang pembeli sanggup bayar untuk sesuatu instrumen kewangan.
• Harga Tanya: Ini adalah harga terendah yang penjual sanggup terima.
Perbezaan antara kedua-dua harga ini dikenali sebagai spread bida-tanya.
Yuran dan Caj
Mitrade tidak mengenakan sebarang yuran selain daripada spread beli-jual dan yuran semalaman. Pampasan utama kami datang daripada spread pasaran.
Yuran Semalaman
Caj overnight dikenakan apabila posisi kekal terbuka semalaman. Ia merangkumi kos pembiayaan untuk posisi anda. Caj ini akan dikenakan apabila posisi kekal terbuka selepas pukul 21:59 (waktu UK).